Khamis, 29 September 2011

Penat

Aku pulas penuh throttle. Cuba memecut selaju mana yang boleh.

Tapi pulas macam mana pun, kuat macam mana pun, kalau dah perlahan tu perlahan jugak.

Salah aku tak servis enjin.

Tunggang lama sikit pun dah separuh mati.

Penat weh jawab Biologi tadi.

Berasap.

Rabu, 28 September 2011

Hidup

Hidup.

Aku cuba kawal dia. Tapi dia liar.

Tak mahu dipegang. Apatah lagi mengikut telunjuk.

Manja. Suka dibelai.

Aku wajib cari jalan untuk tundukkan dia.

Tewas. Bukan sekali. Tapi aku masih tak serik.

Satu hari nanti kau pasti jinak.

Syukur

Aku pasti akan ada yang tak puas hati.

Orang cakap kalau nak tengok nasib kita ni baik ke tak, kita kena tengok orang lain.
Mereka kata negara kita teruk, aku tak kata aku tak setuju atau setuju. Aku lihat dulu negara lain. Aku lihat dalam-dalam. Bergolak sana-sini. Huru hara. Lihat sahaja pada Ambun. Hidup dalam ketakutan. Kau sanggup hidup macam tu?

Apa lagi yang tak cukup?

Memang negara kita tak sempurna. Tapi aku rasa semua itu ambil masa. Baru 54 tahun, kita pegang negara ni. Ruang untuk penambahbaikan sentiasa ada. Cuma perlu sabar.

Kadang-kadang aku menyampah dengan sesetengah manusia.

Fanatik. Apa sahaja yang mereka kata kau makan, hadam dan berak. Pernah tak terfikir untuk kaji dulu apa yang mereka kata? Sesetengah pengikut ni, suka bercakap berdasarkan apa yang mereka dapat dari lidah orang tanpa mengetahui fakta itu betul atau tidak.

Tak salah mengkritik kerana kritikan itu sangat berguna. Tapi kritik untuk benda yang tidak betul? Tak relevan rasanya.

Aku tak cakap pembangkang atau kerajaan itu betul atau salah. Aku tak kisah kau nak sokong mana. Tapi kalau fikir dulu sebelum bercakap boleh?

Ya Allah, aku pinta Kau jauhkanlah Malaysia dari segala bencana dan musibah. Aku bersyukur aku lahir di bumi bertuah ini.

Isnin, 5 September 2011

Kosong

Malam ni aku rasa kosong.

Aku ketuk pintu hati tanya apa dia nak. Lapar ke? Dahaga ke?
Senyap. Tak berjawab.

Merajuk mungkin. Aku dah lama tak suapkan dia makanan.

Bodoh. Aku tuan yang zalim.

Macam mana lah tak sakit si hitam tu.

Maafkan aku ya?