Selasa, 30 Oktober 2012

Mula

Tiada lagi nanti-nanti.

Inilah masanya untuk melakukan apa yang dikatakan.

Isnin, 22 Oktober 2012

Kejar

Apa atau siapa yang kita jumpa dalam perjalanan hidup melahirkan siapa kita hari ini.
Pilihan dalam hidup yang membawa kita di mana kita berdiri hari ini. 
Tindakan pada masa lalu menghasilkan hasil hari ini. 

Itu uniknya kehidupan.

Memang kesilapan mengajar manusia, tapi persoalannya ialah cepat atau lambat kita sedar.
Kalau cepat baguslah. Kalau lambat, meloponglah.

Aku cuba buang segala benda mengarut dalam diri. Buang jauh-jauh. 
Sampai dia tak boleh cari aku balik.
Baiki apa yang masih boleh dibaiki.

Hidup ini cuma sekali, rugi lah kalau tak nikmati.
Apa maksud nikmat? Refresh balik apa itu nikmat. Aku harap aku faham apa itu nikmat sebenar.
Pandang hadapan, lupakan yang di belakang. Semoga diberi peluang lagi.

Akan aku cuba yang terbaik. Memaniskan apa yang pahit.
Dengan izinNya.

Cuba kejar.
Aku rasa aku dah jauh kena tinggal. 


Ahad, 26 Ogos 2012

Hilang

Hilang,
dalam lenanya dunia,
aku jumpa syurga,
bersifat sementara,
aku lupa di sana.

Hilang,
aku ingin tumbuk perut dunia,
kerana sibuk memeluk aku,
hingga lemas dalam dakapan busuknya.

Hilang,
mengikut arus, mengheret
ke arah bukan tujuanku,
walau dalam sedar,
azam bertukar angan.

Merangkak-rangkak aku cuba,
masuk kembali ke dalam permainan,
hanya ku pinta doa kalian,
semoga orang hilang itu ditemui.

Sebelum terlambat.

Ogos 2012
Kuala Pilah

Jumaat, 27 Julai 2012

Senyum



Play video atas. Tunggu minit 1:04 baru play video bawah. Enjoice!



Ke kiri ku buntu,
Ke hutan ku hilang,
Ke timur ku kosong.

Aku terus bosan dan tertekan,
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku,
Dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai.

Warnaku rindu,
Jiwaku biru,
Menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga,
Umpama lampu yang berbunyi hitam.

Lalu menunggu aku terus,
Kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari,
Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan.

Seperti mahu sahaja aku mengejar,
Gunung yang besarnya tidak terdakap,
Seperti itu jugalah rinduku pada...

Kini harus aku terus menunggu,
Atau hilang saja di lautan luas.


Indah bukan?
Selamat pagi. :)



Sabtu, 30 Jun 2012

Tak Mahu Terus Begini

Banyak benda kotor dalam hati, dalam otak.

Rasa tak tenang.

Betul lah apa orang kata, kala diri ini jauh dari penciptanya, hati terasa resah.

Kemanisan hidup tak berapa nak rasa.

Ruang kosong yang sepatutnya diisi dengan nur, sebaliknya dipenuhi tompok-tompok hitam.

Bila hati rosak, peribadi dan akhlak, semuanya kelihatan buruk. Ibarat rakyat jelata mengikut rajanya.

Aku harap tak terus begini, sebelum terlambat.


"I was so far from You, yet to me You were always so close."

Rabu, 18 April 2012

Perit

Sakit gigi.
Sakit hati.
Sakit hidung.
Sakit hati.

Bukan nak mengeluh tapi sekadar meluahkan.
Tak apa lah. Atleast sakit boleh mendekatkan diri kepadaNya.
Kan?

Jangan pergi lagi jauh sudahlah.

Rabu, 4 April 2012

Gundah

Aku risau, aku takut, aku ragu.

Kadang terlintas,

Bagaimana kalau pilihan ini salah?

Bagaimana kalau aku tumpas?

Ini kah yang aku mahu?

Ah permainan syaitan.

Jalan terus,

Jangan tengok side mirror.