Isnin, 11 Mac 2013

Duit, duit, duit...

Ucu : There are three ways to be rich.

Terkejut bila tiba-tiba disapa dengan kenyataan agak panas, tapi menarik, lalu aku layankan juga.

Aku : First?

Ucu : You are born rich.

Aku : Second?

Ucu : Through business

Aku : Third?

Ucu : Your father-in-law must be rich.

Aku dah tergelak tak ingat dunia tapi control sopan sebab masa ini tengah kenduri kahwin, sebelum bapak aku yang tadi diam relaks mencelah.

Ayah : Dalam Islam, tak bagus banyak sangat duit kan. Sederhana sudah.

Ucu : ....

Terus pak cik aku tukar topic cerita pasal anak dia pula.

Aku yang tadi bercita-cita nak ikut cara ketiga terus cancel nak jadi kaya.

Rabu, 27 Februari 2013

Topeng

Rasa seperti dipakaikan topeng.
Dengan mulut berbentuk hampir U.
Mata melengkung ke bawah. Membesar di belakang kaca.
Temulang pipi sentiasa tinggi. 
Sentiasa mempamer gigi yang diikat besi.

Di sebaliknya, ekspresi sebenar disembunyi.

Isnin, 25 Februari 2013

Reminiscing

Faded light,
In the morning,
Sitting, lying alone in my room,
Listening to some random nice songs,
Thinking bout random things,
While waiting for afternoon class.

Reminds me of my matriculation days.

p/s: I used to skip my morning classes at that time

Sabtu, 23 Februari 2013

Cita-Cita

Sekitar setahun yang lalu, sejak aku tertonton video ini, terus timbul satu cita-cita besar dalam diri.

Yang menguruskan jenazah mak ayah ku, 
mesti aku.

Yang mengimamkan solat jenazah mak ayah ku,
mesti aku,

Siapa lagi yang berhak selain aku,
anak yang dikandung, ditatang, dimanja.

Sekalipun dapat aku laksanakan cita-cita ini,
itu pun masih tidak dapat membalas segala jasa.

Dengan izin Allah.




Terima kasih Persatuan Pembangunan Islam, UiTM Negeri Sembilan kerana menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah hari ini. Tak terkira betapa besarnya pahala kalian. :)

Rabu, 30 Januari 2013

shhh

Hey dunia!
tolong berhenti bersuara,
henti kan keriuhan yang menerjah telinga,

shhh,
aku ingin dengar apa hati ingin berkata.

ah,
masih tak dapat tangkap lagi.

Jumaat, 25 Januari 2013

Bingung

Hari-hari yang dilalui,
                                terasa seperti,
                                                     ada yang tidak kena.

Isnin, 14 Januari 2013

Tak Peduli

Tak peduli,
katalah apa kau nak kata,
aku hanya mahu buat
apa yang aku mahu buat.

Sebab pada akhirnya hati ini yang mahu dipuaskan.