Selasa, 27 Disember 2011

Rapuh

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Opick - Rapuh

Rabu, 23 November 2011

Berhabuk

Lebih sebulan aku tak rekodkan kehidupan aku di sini. Mungkin malas, mungkin penat. Tapi lepas ini aku cuba untuk tulis apa-apa.

Positif.

Rabu, 19 Oktober 2011

Cahaya

Gelap gelita. Tak nampak apa.

Cahaya itu sentiasa ada, tapi kenapa aku prefer gelap. Apa yang bagusnya bergelap?

Gelap itu bahaya. Gelap itu sengsara.

Dah lama aku lari dari cahaya, aku rasa aku dah lupa mana nak cari dia.

Tapi walau macam mana susah pun aku akan tetap buru cahaya.

Lepaskan aku dunia gelap. Please.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cuti

Semalam hari terakhir final exam, Pre calculus. Dah macam tabiat, subject terakhir exam mesti tak berapa nak semangat sebab asyik fikir cuti. Bukan saja aku, orang lain pun aku rasa sama. Tapi habis exam tu aku rasa tak ramai yang seronok sangat sebab pre calculus susah pula. Sedih. Tapi tawakal sahaja lah.

Pulang dari solat jumaat, mak call, cakap dah sampai. Tak sempat nak rehat-rehat dan packing semua barang. Ikutkan hati nak je bawa locker tu kat kereta lepas tu tuang je terus semua barang. Banyak gila barang. 4-5 trip naik turun hantar barang, dari tingkat 5 sampai bawah. Letih.

Baru sampai luar beting, dah kena marah dengan ayah. Apalah nasib aku. Rindu sangat dengan aku ni.

Cuti ni aku nak buat semua benda yang aku tak sempat buat sebelum ni. Aku harap aku buat apa yang aku cakap. Sebab selalunya badan ni degil, tak mahu ikut cakap mulut. Banyak buku untuk dihabiskan, banyak movies untuk ditonton. Lesen kereta lagi (baca: ya, aku belum ada). Workout kalau rajin. Badan dah naik.

Bye UiTM Kuala Pilah. Jumpa lagi sebulan setengah.

Khamis, 29 September 2011

Penat

Aku pulas penuh throttle. Cuba memecut selaju mana yang boleh.

Tapi pulas macam mana pun, kuat macam mana pun, kalau dah perlahan tu perlahan jugak.

Salah aku tak servis enjin.

Tunggang lama sikit pun dah separuh mati.

Penat weh jawab Biologi tadi.

Berasap.

Rabu, 28 September 2011

Hidup

Hidup.

Aku cuba kawal dia. Tapi dia liar.

Tak mahu dipegang. Apatah lagi mengikut telunjuk.

Manja. Suka dibelai.

Aku wajib cari jalan untuk tundukkan dia.

Tewas. Bukan sekali. Tapi aku masih tak serik.

Satu hari nanti kau pasti jinak.

Syukur

Aku pasti akan ada yang tak puas hati.

Orang cakap kalau nak tengok nasib kita ni baik ke tak, kita kena tengok orang lain.
Mereka kata negara kita teruk, aku tak kata aku tak setuju atau setuju. Aku lihat dulu negara lain. Aku lihat dalam-dalam. Bergolak sana-sini. Huru hara. Lihat sahaja pada Ambun. Hidup dalam ketakutan. Kau sanggup hidup macam tu?

Apa lagi yang tak cukup?

Memang negara kita tak sempurna. Tapi aku rasa semua itu ambil masa. Baru 54 tahun, kita pegang negara ni. Ruang untuk penambahbaikan sentiasa ada. Cuma perlu sabar.

Kadang-kadang aku menyampah dengan sesetengah manusia.

Fanatik. Apa sahaja yang mereka kata kau makan, hadam dan berak. Pernah tak terfikir untuk kaji dulu apa yang mereka kata? Sesetengah pengikut ni, suka bercakap berdasarkan apa yang mereka dapat dari lidah orang tanpa mengetahui fakta itu betul atau tidak.

Tak salah mengkritik kerana kritikan itu sangat berguna. Tapi kritik untuk benda yang tidak betul? Tak relevan rasanya.

Aku tak cakap pembangkang atau kerajaan itu betul atau salah. Aku tak kisah kau nak sokong mana. Tapi kalau fikir dulu sebelum bercakap boleh?

Ya Allah, aku pinta Kau jauhkanlah Malaysia dari segala bencana dan musibah. Aku bersyukur aku lahir di bumi bertuah ini.

Isnin, 5 September 2011

Kosong

Malam ni aku rasa kosong.

Aku ketuk pintu hati tanya apa dia nak. Lapar ke? Dahaga ke?
Senyap. Tak berjawab.

Merajuk mungkin. Aku dah lama tak suapkan dia makanan.

Bodoh. Aku tuan yang zalim.

Macam mana lah tak sakit si hitam tu.

Maafkan aku ya?

Rabu, 31 Ogos 2011

Rusuk Kiri

Kau mencintaiku, seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala.

-Ayatul Husna

Pelengkap rusuk kiri yang sempurna.

Banyak yang ingin aku tulis belakangan ini. Idea datang dan pergi. Aku masih malas menulis.

Hanya puisi ini dapat aku kongsikan bagi mengelakkan belog ini mati.

Nantilah.

Ahad, 14 Ogos 2011

Pedih

'Diriku tanpa dirimu,
kau tempuhi penuh bahagia,
Diriku mahu kau tahu,
pedih ini kau tak terasa'

Warkah - Bau

Rabu, 27 Julai 2011

Jangan Tinggal Aku

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas


Maaf sahabat. Emosi tak stabil kebelakangan ni. Jiwa dan tubuh aku tak bersatu.



ISYSN.

Ahad, 17 Julai 2011

Maaf

Maaf.

Aku tak sempurna. Fikiran belum matang. Suka ikut nafsu amarah jiwa remaja.

Malu.

Diri tak kuat menahan marah sendiri. Marah pada diri sendiri tapi orang lain jadi mangsa. Kau bukan yang pertama.

Mana iman?

Jauh dari Tuhan memberi seribu kesedihan.

Rabu, 27 April 2011

Sekolah

Aku tak jadi pergi KLIBF. Sorry kawan-kawan.

Semalam aku bangun lambat. Sebab tidur lepas subuh. Dalam pukul 9.30 aku bangun. Tu pun pun sebab ayah aku kejut. Katanya ada kawan datang.

Terkejut.

Pijol dan Apam ada kat depan rumah. Nak ajak aku pergi sekolah lama. Nak ambil sijil SPM. Aku terus siap. Fakhri dan Mior join jugak lepas tu. Sekolah aku jauh. Dalam dua jam perjalanan. Dekat Sabak Bernam.

Rambut Apam dah lain. Dah macam Kpop bak kata English teacher aku. Pijol seperti biasa tetap macho. Mior asyik kena bahan pasal dulu. Fakhri pun masih tak berubah. Suka gebang.

Sampai sekolah. Rindu gila kot. Kenangan pahit manis mencengkam kalbu. Ceh. Sebelum ni kita orang ada kutuk satu cikgu ni dalam kereta. Tup tup cikgu tu yang kita orang jumpa dulu. Gulp. Terus dia kutuk rambut Apam macam orang asli. Kesian Apam. Eh kesian rambut Apam. Haha. Lepas tu terus jumpa Abang Sudin, kerani sekolah aku mintak sijil SPM. Dia bagi sekali gambar graduation.

Shit! Gambar aku buruk.

Lepas jumpa cikgu-cikgu, kami singgah rumah kawan sekolah lama, Azwa di Sg Besar untuk lunch. Azwa ni pun rakan sematrik aku. Tak sangka Farhana pun ada sekali. Selesai makan terus gerak balik. Sebelum sampai Klang sempat singgah KFC di Kuala Selangor. Lapar lagi kot perut ni. Haha. Patutla masing-masing makin kembang.





Seriously, kau orang buat aku rindu zaman sekolah.

p/s: sorry awak. charger phone tinggal dalam kereta Pijol. Haiyok.

Isnin, 25 April 2011

Baca

Untuk menulis dengan baik perlu banyak membaca.

Ini yang susah.

Benda yang aku paling suka buat ialah membaca. Tapi sejak setahun dua ni, nafsu untuk membaca aku hilang.

Berlambak buku aku beli. Tak terbaca. So, azam aku sempena cuti ni ialah habiskan semua. Dengan rakus.

Jadi?

Esok pergi KLIBF wajib beli paling sedikit 1 buku. Sebagai sepak-mula, aku akan habiskan buku tulisan Bahrudin Bekri, Dunia Ini Sederhana Kecil yang aku beli 2 tahun lepas.

Tak sabar.

Selain KLIBF, esok jugak nak lepak dengan kawan-kawan.

p/s: Tu pun kena tengok mood. Kalau rajin aku pergilah. Senyum.

Entri #1

Kenapa kau buat belog?

Entah.

Keinginan untuk menulis agaknya.

Lama dah ada niat nak buat belog. Tapi tak pernah terbuat. Belum sampai seru kot bak kata orang.

Belog ni aku tulis kerana nak kongsi apa yang berlaku di sekeliling aku.

Ceh.

Siapa lah yang nak baca. Tak penting sangat.

Aku adalah orang yang tak pandai mengekspresikan emosi dalam bentuk kata-kata/tulisan. Jadi aku anggap belog ini seperti satu proses pembelajaran.

At least, belog ni boleh menjadi jurnal yang sentiasa boleh mengingatkan aku tentang kehidupan.

Hidup ni ibarat rolekoster. Semoga memberi faedah kepada mata yang membaca.