Ahad, 26 Ogos 2012

Hilang

Hilang,
dalam lenanya dunia,
aku jumpa syurga,
bersifat sementara,
aku lupa di sana.

Hilang,
aku ingin tumbuk perut dunia,
kerana sibuk memeluk aku,
hingga lemas dalam dakapan busuknya.

Hilang,
mengikut arus, mengheret
ke arah bukan tujuanku,
walau dalam sedar,
azam bertukar angan.

Merangkak-rangkak aku cuba,
masuk kembali ke dalam permainan,
hanya ku pinta doa kalian,
semoga orang hilang itu ditemui.

Sebelum terlambat.

Ogos 2012
Kuala Pilah