Khamis, 27 Disember 2012

Salam Jumaat

"Umat Islam perlu bersatu dengan kembali mengikut tuntutan Allah SWT."

Khutbah Jumaat, 28/12/12

Rabu, 26 Disember 2012

Hanya Mimpi

Macam langit yang takkan dapat kau capai walau tinggi mana gunung kau daki,
Macam mimpi yang kekal jadi mimpi,
Macam udara yang tak dapat kau genggam.

Sang merpati takkan terbang bersama sang gagak.

p/s: Ini jawapan untuk awak.

Selasa, 25 Disember 2012

For Once



Good time for a change.

Please, please, please, let me get what I want,

this time.

Khamis, 13 Disember 2012

Bodoh

Ya, aku bodoh,
sebab pernah tergila-gilakan orang yang layan aku macam sampah.

Ya, aku bodoh,
sebab tinggalkan orang-orang yang ikhlas beri hati pada aku.

Ya, aku bodoh,
sebab aku tak tahu apa yang aku mahu.

Bodoh, bodoh, bodoh.
cukup tiga kali.

Selasa, 11 Disember 2012

Bangang

Melayang
dalam jutaan chemical aku hilang
larut dalam larutan yang tak senang
mana entah aku merewang

terbang
pulang ke katil sayang
terbaring terlentang
hingga nanti petang

kenapa entah aku terasa bangang
kerana lecturer cute aku datang

ah sudah.

Disember 2012
Kelas Kimia

Isnin, 10 Disember 2012

Bukan Begitu

Jika kau faham hati ini,
Pasti kau akan ketahui,
Bukan rupa yang ku cari,
Tapi menunggu yang serasi,
Jadi peneman tiap hari,
Jangan tuduh aku begini.

Serabut fikir apa yang orang fikir, cukuplah aku sendiri fikir apa yang aku fikir.

Disember 2012
Pilah

Khamis, 22 November 2012

9:50 AM

I wanna wish you good morning and good night everyday, but I don't want you to know that you're on my mind all the time.

Atas katil, 9:50 AM.

Isnin, 12 November 2012

Janji

Bukan sekali, dua.

Aku telah kecewakan dua orang itu yang merupakan dunia bagi aku.

Berbaloi ke aku memementingkan diri, untuk kepuasan sendiri, tapi menyakiti hati orang yang menyayangi.

Aku akan betulkan keadaan ini.

Untuk mengembalikan senyuman itu lagi.

Aku janji.

You've always been there for me, you've never given up on me. I'm sorry.

Selasa, 30 Oktober 2012

Mula

Tiada lagi nanti-nanti.

Inilah masanya untuk melakukan apa yang dikatakan.

Isnin, 22 Oktober 2012

Kejar

Apa atau siapa yang kita jumpa dalam perjalanan hidup melahirkan siapa kita hari ini.
Pilihan dalam hidup yang membawa kita di mana kita berdiri hari ini. 
Tindakan pada masa lalu menghasilkan hasil hari ini. 

Itu uniknya kehidupan.

Memang kesilapan mengajar manusia, tapi persoalannya ialah cepat atau lambat kita sedar.
Kalau cepat baguslah. Kalau lambat, meloponglah.

Aku cuba buang segala benda mengarut dalam diri. Buang jauh-jauh. 
Sampai dia tak boleh cari aku balik.
Baiki apa yang masih boleh dibaiki.

Hidup ini cuma sekali, rugi lah kalau tak nikmati.
Apa maksud nikmat? Refresh balik apa itu nikmat. Aku harap aku faham apa itu nikmat sebenar.
Pandang hadapan, lupakan yang di belakang. Semoga diberi peluang lagi.

Akan aku cuba yang terbaik. Memaniskan apa yang pahit.
Dengan izinNya.

Cuba kejar.
Aku rasa aku dah jauh kena tinggal. 


Ahad, 26 Ogos 2012

Hilang

Hilang,
dalam lenanya dunia,
aku jumpa syurga,
bersifat sementara,
aku lupa di sana.

Hilang,
aku ingin tumbuk perut dunia,
kerana sibuk memeluk aku,
hingga lemas dalam dakapan busuknya.

Hilang,
mengikut arus, mengheret
ke arah bukan tujuanku,
walau dalam sedar,
azam bertukar angan.

Merangkak-rangkak aku cuba,
masuk kembali ke dalam permainan,
hanya ku pinta doa kalian,
semoga orang hilang itu ditemui.

Sebelum terlambat.

Ogos 2012
Kuala Pilah

Jumaat, 27 Julai 2012

Senyum



Play video atas. Tunggu minit 1:04 baru play video bawah. Enjoice!



Ke kiri ku buntu,
Ke hutan ku hilang,
Ke timur ku kosong.

Aku terus bosan dan tertekan,
Seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku,
Dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai.

Warnaku rindu,
Jiwaku biru,
Menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga,
Umpama lampu yang berbunyi hitam.

Lalu menunggu aku terus,
Kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari,
Dibebankan dengan bunyi rintisan hujan.

Seperti mahu sahaja aku mengejar,
Gunung yang besarnya tidak terdakap,
Seperti itu jugalah rinduku pada...

Kini harus aku terus menunggu,
Atau hilang saja di lautan luas.


Indah bukan?
Selamat pagi. :)



Sabtu, 30 Jun 2012

Tak Mahu Terus Begini

Banyak benda kotor dalam hati, dalam otak.

Rasa tak tenang.

Betul lah apa orang kata, kala diri ini jauh dari penciptanya, hati terasa resah.

Kemanisan hidup tak berapa nak rasa.

Ruang kosong yang sepatutnya diisi dengan nur, sebaliknya dipenuhi tompok-tompok hitam.

Bila hati rosak, peribadi dan akhlak, semuanya kelihatan buruk. Ibarat rakyat jelata mengikut rajanya.

Aku harap tak terus begini, sebelum terlambat.


"I was so far from You, yet to me You were always so close."

Rabu, 18 April 2012

Perit

Sakit gigi.
Sakit hati.
Sakit hidung.
Sakit hati.

Bukan nak mengeluh tapi sekadar meluahkan.
Tak apa lah. Atleast sakit boleh mendekatkan diri kepadaNya.
Kan?

Jangan pergi lagi jauh sudahlah.

Rabu, 4 April 2012

Gundah

Aku risau, aku takut, aku ragu.

Kadang terlintas,

Bagaimana kalau pilihan ini salah?

Bagaimana kalau aku tumpas?

Ini kah yang aku mahu?

Ah permainan syaitan.

Jalan terus,

Jangan tengok side mirror.

Khamis, 29 Mac 2012

Kaku

"It feels like having superpower but you can't use it. Or you don't know how to use it to be exact."

Itu apa yang aku rasa masa last payper semalam.

Tu lah siapa suruh tak study.

Kan dah sedih.

Jumaat, 23 Mac 2012