Sabtu, 23 Februari 2013

Cita-Cita

Sekitar setahun yang lalu, sejak aku tertonton video ini, terus timbul satu cita-cita besar dalam diri.

Yang menguruskan jenazah mak ayah ku, 
mesti aku.

Yang mengimamkan solat jenazah mak ayah ku,
mesti aku,

Siapa lagi yang berhak selain aku,
anak yang dikandung, ditatang, dimanja.

Sekalipun dapat aku laksanakan cita-cita ini,
itu pun masih tidak dapat membalas segala jasa.

Dengan izin Allah.




Terima kasih Persatuan Pembangunan Islam, UiTM Negeri Sembilan kerana menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah hari ini. Tak terkira betapa besarnya pahala kalian. :)

1 ulasan: