Rabu, 19 Jun 2013

Cantik

Mata, hati, jiwa sejuk bila bersua,
manis semanis gula,
kau takkan benarkan wajah semanis itu menangis,
perangai molek,
tidak berlebih, tidak juga berkurang.
sederhana,
batas dijaga,
lembut tapi tidak lemah,
wajah jelita bukan ukuran.

Tapi walau apa pun definisi aku tentang cantik,
memang tak dapat aku ceritakan dengan sempurna, clueless actually,
rahsia minda bawah sedar sendiri,
mereka kata cantik aku lain.

Cantik itu sebenarnya misteri.

Selamat hari lahir sahabat yang cantik,
semoga bahagia di sini dan di sana.

Senyum selalu. 

2 ulasan:

  1. untungnya sahabat yang cantik tu.

    BalasPadam
  2. eh org tu ade blog la.....sila la bce blog saya pulak...haha

    BalasPadam