Selasa, 12 Mac 2013

Lepaskan

Perkara yang lalu biarlah berlalu.

Walau kotor hitam silam kau aku,
Biarkan, tinggalkannya di situ.

Kalau boleh mahu dipadam satu-satu,
Tapi perkara dulu tetap dulu,
Kalau dikenang, hanya memilu.

Sesekali diimbas ambil apa yang perlu,
Jika selalu, mengundang buntu.

Usah kaku,
Lepaskannya dan bergerak laju.

Perkara yang lalu biarlah berlalu.

Pilah. 3.03 am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan